Pages

Wednesday, February 13, 2013

Review : Ngeri tulisan Gina Yap Lai Yoong terbitan FIXI





Assalamualaikum ~~

Kali ni review Ngeri tulisan Gina .

Ngeri merupakan antara novel FIXI yang berunsur thriller , pembunuhan dan penyiasatan
Antara novel FIXI selain Ngeri yang berunsur/genre seperti ini : Hilang dan Jerat , kedua duanya tulisan Dayang . Ngeri mengisahkan rakan se Universiti  Sam, Jo dan Rehan yang cuba menyiapkan projek mereka apabila diarahkan untuk menyediakan skrip untuk sebuah filem/dokumentari dan sewaktu dengannya.

Menjadikan novel ini menarik adalah IDEA penulisnya. 

Pertama cara komunikasi antara watak lebih kepada Emel/SMS pada permulaan cerita. 
Kedua teknik pembunuhan yang bagi aku "logik ke?" tapi serta merta di jawab penulis didalam tulisannya 
Ketiga idea untuk menjadikan Ngeri lain dari yang lain. Apa yang lain? Yang itu korang kene baca sendiri.
Walaupun sebenarnya sudah tertulis di sinopsis belakang buku ini. Jadi sila ke Kedai-Baca Sinopsis-Beli!

Watak watak polis didalam novel ni seperti  "terlalu sampingan". Bila baca seperti tiada apa yang boleh develop watak mereka. Lebih lebih Detektif Hema. Mungkin penulis ada idea/sebab sendiri kenapa.

Walaupun antara novel FIXI yang ternipis (231 mukasurat) , tetapi kualiti ceritanya agak "kemas".Watak sampingan bertukar menjdi watak utama secara serta merta. Klimaks cerita boleh dikatakan ada pada setiap kes pembunuhan
Tetapi seperti biasa, aku kalau baca buku jenis siasat siasat ni..mesti nak teka awal awal siapakah pembunuhnya. Tekaan aku Tepat!..hehe..Ngeri boleh dijadkan filem pendek oleh mana mana pengarah, 
cuma part imaginasi penulis mengenai teknik pembunuhan tu , mungkin pengarah filem perlu lebih fikir panjang.

Bahasa yang digunakan juga sangat mudah difahami. Apa yang nak disampaikan Gina sangat direct. Dialek bahasa zaman kini. Bila lagi nak ada SAW dan Scream versi Malaysia? Setakat Scary Movie dah banyak prof razak mohaideen dan david teoh  "cuba" buat. Bila baca review di Goodreads ada yang komen "Agak kecewa kerana Ngeri tidak cukup berdarah, tidak cukup ganas, tidak cukup kejam"
Ya, aku juga boleh bersetuju, tapi ini satu permulaan yang baik untuk Gina menjadi lebih Ngeri.

Khabarnya ada sambungan? Ya, FIXI dah keluarkan MANGSA, sebuah kisah sambungan Ngeri. Mangsa dah pon habis dibaca, mungkin lepas ni baru sempat nak Review. Masih ada Hilang dan Jerat untuk ditulis.

Boleh beli Ngeri di : Kedai FIXI


Assalamualaikum :) 

Boleh follow abang di : Twittar LuqmanMaat
Join Group FB FIXI : Kelab Peminat Novel FIXI

Review Buku Fixi yang lain :

1. MURTAD
2. INVASI
3. KASINO

Review Buku lain :




Saturday, February 9, 2013

Review : Gergasi tulisan Khairul Nizam Khairani terbitan FIXI








Assalamualaikum ~~

Review terbaru untuk buku terbitan FIXI kali ni : GERGASI . Seperti tajuknya..cover buku ini sangat GAH. 
Boleh dikatakan antara yang tercantik jugaklah. Novel ini hasil karangan Khairul Nizam Khairani . Setebal 320 muka surat. Untuk membaca Gergasi , aku cuma mengambil masa selama 3 hari sahaja. Kalau tak sibuk dengan kerja kerja kat opis, mungkin 1 hari dah habis baca. Boleh dikatakan aku semakin suka ngan genre Fiksyen dari Buku Fixi ni. Selepas membaca Invasi , tertunggu tunggu genre seakannya dari Buku Fixi. Akhirnya : Gergasi !.

Watak utama adalah Rizal. Jalan cerita untuk Gergasi sangat menarik , walaupun ada kebanyakan plot cerita itu pembaca boleh meng agak nya. Cuma kreatifnya penulis adalah mengolah watak dan jalan cerita sehingga endingnya sangat menarik. Cuma Rizal sahaja bagi aku yang mempunyai perubahan watak sepanjang jalan cerita. Watak watak lain sangat mendatar dan boleh dikatakan mengulang ulang perbuatan mereka. Mungkin penulis hanya menumpu kepada Rizal. 

Penulis menggunakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka, sekarang dan masa depan untuk Gergasi ini. Seriously! itu yang menjadikan novel Gergasi ni menarik. Aku hampir kebosanan bila penulis macam mahu meleret leretkan cerita pada Zaman Melayu Melaka, tapi pantas cerita bertukar ke zaman sekarang (mungkin) .. 

Sedikit kecewa bila pertempuran 3 penjuru antara Betara Waja dan seterunya berlangsung agak sekejap. Plot masa kecurian trak/trailer/kontena dan pertempuran Betara Waja menentang musuhnya itu lama plak. Lama dan sekejap tu maksudnya jalan cerita tu lah. Dan lagi kecewa bila kisah balas dendam Zohaimi lagi pendek! 

Rate?
3.5/5 - Apa pun, bagi mereka yang suka cerita fiksyen melayu ala ala IronMan , Gergasi ini bacaan untuk kamu semua.. Boleh beli secara online di Buku Fixi


Assalamualaikum :) 

Boleh follow abang di : Twittar LuqmanMaat

Review Buku Fixi yang lain :

1. MURTAD
2. INVASI
3. KASINO

Review Buku lain :












Thursday, January 17, 2013

Yoobao Powerbank korang original?




Assalamualaikum ~~

Yoobao Powerbank . sejak zaman smartphone ni semakin canggih dan canggih , permintaan terhadap gadget gadget ni semakin tinggi.. seperti ramai yang tahu , smartphone memang battery drain punya gadget , jadi inovasi powerbank ini menjadi alternatif untuk meng"cas" gadget korang..

Yoobao ni buatan China. Bila dengar buatan china mesti korang paranoid kan? yelah.. selepas kes telor tiruan, daging tiruan..haha..semua barang dari China mesti ingat x berkualiti dan tiruan. Begitu juga Yoobao ni, walaupun originalnya dari China, masih ada suku sakatnya yang buat tiruan jugak. Jadi aku nak ajar, macam mana nak kenal pasti Yoobao Powerbank korang tu Original atau Tiruan.


Yoobao yang Original ada no di bawah label kotak

Pada Yoobao Powerbank korang, ada no siri dibawahnya juga


pada kotak Yoobao Powerbank 13000mah , boleh bezakan yang original dan bukan

Perlu gores stiker yang lutsinar tu untuk dapatkan 20 no siri. No siri tu boleh digunakan untuk check kat website


Ok, kalau semua tanda tanda Original ini ada pada Yoobao Powerbank korang, tapi masih tak puas hati korang boleh check no siri yang ada 20 nombor tu kat laman web dia. YOOBAO .. jadi aku pon goreslah Yoobao aku, dan dapat result macam gambar gambar kat bawah ni. Tapi yang sengalnya, result tu terpaksa di google translate dari Bahasa China ke Melayu/English. 





ok. ni result nya kalau Yoobao korang original, walaupun google translate tu agak senggama sikit. tapi aku pahamlah yang Yoobao tu original. Ingat, 20 nombor yang korang masukan tu akan dimasukan ke dalam database diaorang, sebab apa? kalau korang masuk kali ke dua nombor tu akan jadi seperti gambar kat bawah ni :


Bila masuk kali ke-2, dia akan detect yang ada orang lain pernah masukan no tu, jadi no siri 20 tu telah diguna pakai untuk Yoobao yang lain. Bermakna Yoobao korang adalah palsu (Jika korang masukan no kali pertama dah keluar result ini)


Alhamdulilah, yang aku beli kat Pertama ni original!.. Kedai kat Pertama pon boleh percaya tau


so apa lagi? debar tak nak test? silakan... kalau tak original..cepat cepat lah serang kedai korang beli tu..


Assalamualaikum ~~



Sunday, January 6, 2013

Games Original



Assalamualaikum ~~

Kali ini kita kembali ke topik permainan dan software.. dah lama tak update mengenai hal ni.. 
jadi apa yang nak ditulis? aku rasa kali ni tak ramai awek blogger yang nak baca post ni..hahaha.. tapi bagus untuk anda tahu..kenapa? boleh bodek boipren boipren korang yang kaki gamers tu... 

Seperti yang kita tahu..industri digital kita sejak dahulu dan kini..harga untuk dapatkan permainan dan perisian digital adalah sangat mahal.. takde ratus ratus xde lah games dan software tu..tapi alhamdulilah sekarang aku tengok kuasa membeli oleh pengguna semakin meningkat dan harga kian menurun.. tapi yang menjadi masalahnya..kat mana  korang boleh dapatkan permainan dan perisian yang murah tu? guna platform apa? so kat sini aku nak membantu bagaimana mendapatkan permainan PC original pada harga yang berpatutan dan murah...

Terlebih dahulu aku nak perkenalkan satu client games ni.. STEAM .. steam merupakan client games yang menyimpan data/games anda.. platform STEAM ni membolehkan anda "mendownload" games yang original selepas membeli "key" nya daripada mereka yang layak.. Menariknya STEAM ni, mereka sentiasa ada buat Sales! .. so bayangkan kalau games original boleh mencecah RM 5 sehingga RM40 sahaja... Jualan di STEAM ni dalam USD ..so korang kene convert hargnya dalam lingkungan 3.2 untuk sesuatu harga.. So macam mana nak beli? Aku gunakan agen.. Agen ni akan deal ngan STEAM dan akan bg games tu dalam bentuk "key" atau "gift" kepada kita.. Antara "Trusted Agen" ialah - Talaxeh .. kalau ikutkan dia punya urusniaga memang dah ramai, jadi ini jadikan dia antara agen yang terpantas  di Lowyat.Net.. Talaxeh juga informkan segala cara dan bagaimana nak dapatkan games ni dengan terperinci. So Thumbs UP!

Jom tgk apa itu STEAM :

Ni Football manager yang aku berjaya beli .. dan sedang mendownload Tropiko 4

Ni aku tengah mendownload Tropiko .. Masa ni ada sales.. jadi dapat game ni dalam RM24 aje !

Dah siap Download .. Terus Install!

Kelebihan :
  1. Game Original , tak perlu crack. Kalau ada games update, terus auto update dan less bug.
  2. Boleh di install banyak kali. Maknanya kalau format PC/Laptop, games still boleh digunakan dengan key sama
  3. Ehem, boleh share share ngan kawan.. serius.. korang boleh download digital copy dan install di PC/Laptop lain .. tapi hanya seorang sahaja boleh main online pada satu masa :)
  4. Online community. Salah satu nak bersosial dengan pengguna lain, yang main games yang sama.
  5. Dowload games boleh diresume/pause semula.
Kekurangan :
  1. Kalau games tu 10Gb, so korang kenelah download 10Gb lah..haha.. jadi aku rasa kadang kadang kalau beli games dlm bentuk fizikal agak praktikal.. tapi harga?

Kalau anda peminat FIFA atau Need for Speed , boleh guna client games ORIGIN plak.. aku tak try lagi origin ni..sebab games dia tahap tertinggi sangat grapik.. agak tak mampu laptop aku nak proses.. lagipon harga kat ORIGIN mahal :P . 


Sekian , Assalamualaikum











Tuesday, January 1, 2013

2012



Assalamualaikum ~~

Best Friend Wedding

Senaskah

Big Bad Wolf

Graduation ... No 4 sangat bermakna

Alhamdulilah , Lepas Praktikel terus kerja .. ni gmbar aku ngah test cam baru .. 
Bertunang Katanya
Related Posts with Thumbnails