Assalamualaikum ~ ~
Korang dah sedia maklum, aku dah mula ketagih membaca buku terbitan FIXI ni..dan ini kali ke 4 aku review buku FIXI tak sampai dalam tempoh sebulan! .. okeh.. Kali ni aku nak review buku Murtad hasil tulisan MatGorn atau nama penuhnya Hasrul Rizwan. Buku ni aku beli masa Pesta Buku Selangor minggu lepas..seriously aku tak masuk pon kedai buku lain..masuk masuk ja terus cari kedai FIXI dan Lejen..
Ok buku ni cuma 322 muka surat, design kulit buku agak gelap disitu dan gambar mamat berpistol yang di duplicate menggambarkan watak utama dalam novel Murtad ni.. tagline untuk buku ni? Game "Hitman versi Al-Kulliyah" .. aku xpasti kalau Mat Gorn seorang gamers dan pernah bermain game Hitman..tapi dalam novel Murtad nie menggambarkan pembunuh err maybe pembunuh upahan since mereka dibayar upah membunuh untuk membunuh orang orang yang Murtad.
Watak watak dalam Murtad ni walaupun ada tidak diceritakan dengan jelas tapi bagi aku cukuplah watak utama yang bagi aku tidak boring..mungkin kerana aku orang Pokok Sena..sebab apa? sebab novel Murtad ni banyak menggunakan loghat utara dalam isi dialognya..so agak terhibur..Diaolog kembar dalam utara dari mula sampai nak habis..Setiap novel FIXI yang aku baca mesti ada flashback, yang terbaik adalah flashback dalam Invasi, Untuk Murtad plak, ada flashbacknya..cuma diceritakan dalam satu plot secara terus..so bagi aku oklah..tak perlu mengimbau kisah silam dalam plot plot yang lain
Suasana yang digunakan dalam buku Murtad ini jugak lebih di KL.semua buku FIXI mesti di KL punyalah jalan cerita..dari kena zombi..sampai kena invasi dari alien..Kes Murtad pon ada sampai ke Melaka..Genre yang cuba dibawa oleh Mat Gorn memang lain..aku xpasti kalau ada novel pembunuh upahan lain hasil tulisan orang Melayu..Teknik pembunuhan di KLCC paling aku suka..macam aku dah bayangkan dalam game Hitman tu..
Rate?
4/5 cuma sedikit dibelakang Zombijaya - Nakharrom! alang alang dah menulis pasal Zombijaya, Ending Zombijaya ada didalam novel Murtad ini..kehkeh..serius! aku tak main main..beli dan baca Buku FIXI Murtad ni!
Ehem, bawah nie hasil dari Pesta Buku Selangor, Sekarang tengah membaca LICIK, so akan direview jugak lepas nie..
Orait -
Untuk Review Buku FIXI yang lain.. klik link kat bawah
juga komen review ini di twittahh.. follow jom!


15 comments:
aku blom berpeluang utk dapatkan a copy of murtad jadi aku tak taw nk komen apa.
cuma aku dh boleh agak cemana style of writing si @matgorn ni sebab aku ada follow blog dia.
can't wait to buy and start reading though. ala, hilang karya kak dayang noor tu pun aku blom mula baca lg. hahahaha....
btw, kalau dh abes baca licik compare la dgn review dr blog aku.
kthxnbai.
=)
tahniah sebab dah masuk dlam kroni fixi
hahaha
ok la tu.
saya 1 hari abiskan semua buku fixi
pecah kasino dosa licik
bisik zombijaya
sitora harimau jadian
cekik
jerat
aaa
banyak. sampai becampur2 watak dalam kepala.haha
macam menarik. aku pun suka buku keluaran fixi. best2.
kena cari ni
nak cari la pasni..
saye ade "kougar" ngan "kelabu" je..
fixi?? baru pertama kali dengar..
menarik jg..xpnh bce lg
dya pun first time dgr fixi..nk try baca lah..
mane nk dpat ekk
boleh minta copyfilenya tak?
murtad tu name orang ke murtad yg keluar dri islam tu?
mcm bes ni
wah..!! x pernah tau psl terbitan buku nie...tp nampk menarik...nak g cari n bace la...
tengah baca Awek Chuck Taylor. lambat sikit kan? hehehe
murtad. owesome. rawk abis semua buku lejenpress & fixi. ^_____^
Post a Comment