Pages

Sunday, January 6, 2013

Games Original



Assalamualaikum ~~

Kali ini kita kembali ke topik permainan dan software.. dah lama tak update mengenai hal ni.. 
jadi apa yang nak ditulis? aku rasa kali ni tak ramai awek blogger yang nak baca post ni..hahaha.. tapi bagus untuk anda tahu..kenapa? boleh bodek boipren boipren korang yang kaki gamers tu... 

Seperti yang kita tahu..industri digital kita sejak dahulu dan kini..harga untuk dapatkan permainan dan perisian digital adalah sangat mahal.. takde ratus ratus xde lah games dan software tu..tapi alhamdulilah sekarang aku tengok kuasa membeli oleh pengguna semakin meningkat dan harga kian menurun.. tapi yang menjadi masalahnya..kat mana  korang boleh dapatkan permainan dan perisian yang murah tu? guna platform apa? so kat sini aku nak membantu bagaimana mendapatkan permainan PC original pada harga yang berpatutan dan murah...

Terlebih dahulu aku nak perkenalkan satu client games ni.. STEAM .. steam merupakan client games yang menyimpan data/games anda.. platform STEAM ni membolehkan anda "mendownload" games yang original selepas membeli "key" nya daripada mereka yang layak.. Menariknya STEAM ni, mereka sentiasa ada buat Sales! .. so bayangkan kalau games original boleh mencecah RM 5 sehingga RM40 sahaja... Jualan di STEAM ni dalam USD ..so korang kene convert hargnya dalam lingkungan 3.2 untuk sesuatu harga.. So macam mana nak beli? Aku gunakan agen.. Agen ni akan deal ngan STEAM dan akan bg games tu dalam bentuk "key" atau "gift" kepada kita.. Antara "Trusted Agen" ialah - Talaxeh .. kalau ikutkan dia punya urusniaga memang dah ramai, jadi ini jadikan dia antara agen yang terpantas  di Lowyat.Net.. Talaxeh juga informkan segala cara dan bagaimana nak dapatkan games ni dengan terperinci. So Thumbs UP!

Jom tgk apa itu STEAM :

Ni Football manager yang aku berjaya beli .. dan sedang mendownload Tropiko 4

Ni aku tengah mendownload Tropiko .. Masa ni ada sales.. jadi dapat game ni dalam RM24 aje !

Dah siap Download .. Terus Install!

Kelebihan :
  1. Game Original , tak perlu crack. Kalau ada games update, terus auto update dan less bug.
  2. Boleh di install banyak kali. Maknanya kalau format PC/Laptop, games still boleh digunakan dengan key sama
  3. Ehem, boleh share share ngan kawan.. serius.. korang boleh download digital copy dan install di PC/Laptop lain .. tapi hanya seorang sahaja boleh main online pada satu masa :)
  4. Online community. Salah satu nak bersosial dengan pengguna lain, yang main games yang sama.
  5. Dowload games boleh diresume/pause semula.
Kekurangan :
  1. Kalau games tu 10Gb, so korang kenelah download 10Gb lah..haha.. jadi aku rasa kadang kadang kalau beli games dlm bentuk fizikal agak praktikal.. tapi harga?

Kalau anda peminat FIFA atau Need for Speed , boleh guna client games ORIGIN plak.. aku tak try lagi origin ni..sebab games dia tahap tertinggi sangat grapik.. agak tak mampu laptop aku nak proses.. lagipon harga kat ORIGIN mahal :P . 


Sekian , Assalamualaikum











4 comments:

Aan Aji Prayogi said...

nice article bro....
saye suke berkunjung d blog awak..

Akhelaken said...

nice sharing, bagi kaki2 gamers.. hehe

Seneorita Baharin said...

owh gamesss..bf sy kaki games..xhabes2 dota..haishh..lelaki dgn games mmg xboleh dipisahkan eyh..heee

thebudoks lee said...

pergh~ nice member pun ada bitau pasal ni

Related Posts with Thumbnails