Pages

Saturday, February 9, 2013

Review : Gergasi tulisan Khairul Nizam Khairani terbitan FIXI








Assalamualaikum ~~

Review terbaru untuk buku terbitan FIXI kali ni : GERGASI . Seperti tajuknya..cover buku ini sangat GAH. 
Boleh dikatakan antara yang tercantik jugaklah. Novel ini hasil karangan Khairul Nizam Khairani . Setebal 320 muka surat. Untuk membaca Gergasi , aku cuma mengambil masa selama 3 hari sahaja. Kalau tak sibuk dengan kerja kerja kat opis, mungkin 1 hari dah habis baca. Boleh dikatakan aku semakin suka ngan genre Fiksyen dari Buku Fixi ni. Selepas membaca Invasi , tertunggu tunggu genre seakannya dari Buku Fixi. Akhirnya : Gergasi !.

Watak utama adalah Rizal. Jalan cerita untuk Gergasi sangat menarik , walaupun ada kebanyakan plot cerita itu pembaca boleh meng agak nya. Cuma kreatifnya penulis adalah mengolah watak dan jalan cerita sehingga endingnya sangat menarik. Cuma Rizal sahaja bagi aku yang mempunyai perubahan watak sepanjang jalan cerita. Watak watak lain sangat mendatar dan boleh dikatakan mengulang ulang perbuatan mereka. Mungkin penulis hanya menumpu kepada Rizal. 

Penulis menggunakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka, sekarang dan masa depan untuk Gergasi ini. Seriously! itu yang menjadikan novel Gergasi ni menarik. Aku hampir kebosanan bila penulis macam mahu meleret leretkan cerita pada Zaman Melayu Melaka, tapi pantas cerita bertukar ke zaman sekarang (mungkin) .. 

Sedikit kecewa bila pertempuran 3 penjuru antara Betara Waja dan seterunya berlangsung agak sekejap. Plot masa kecurian trak/trailer/kontena dan pertempuran Betara Waja menentang musuhnya itu lama plak. Lama dan sekejap tu maksudnya jalan cerita tu lah. Dan lagi kecewa bila kisah balas dendam Zohaimi lagi pendek! 

Rate?
3.5/5 - Apa pun, bagi mereka yang suka cerita fiksyen melayu ala ala IronMan , Gergasi ini bacaan untuk kamu semua.. Boleh beli secara online di Buku Fixi


Assalamualaikum :) 

Boleh follow abang di : Twittar LuqmanMaat

Review Buku Fixi yang lain :

1. MURTAD
2. INVASI
3. KASINO

Review Buku lain :












14 comments:

Qaseh Hafizah said...

Tak pernah beli keluaran FIXI. Paling best tajuk apa? Heee

EN ILHAM said...

owh.kire berbaloi lah beli eh??aku ade bace gak buku Fixi tapi tahun ni belum lagi

luqman maat said...

@Qaseh Hafizah
- try dulu zombijaya

@en Ilham
- mencari kelainan/alternatif

greenveined said...

=) Osem kan.... http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2013/02/book-review-gergasi-fixi.html sy pon baru review buku ni~~!!

Aku Penghibur said...

wah mcm best... nak beli jgk la

~ Cik LuLu ~ said...

popular sgt da buku terbitan FIXI kat tmpat Lulu bljr..hahai.. cuma Lulu sj y suam2 kuku melihatnya :D

czueka zulaikha said...

tak pernah beli lg keluaran FIXI. nak try la nt :)

Scarlett O'Hara said...

Ingat gergasi mata 1 tadi.

Eyra Hazirah said...

Ingatkan gergasi apa yang menyerang KL tadi...

hana hadi said...

haa pernah beli gak tulisan khairul nizam. xingat tajuk apa. tapi dia suka tulis jenis2 mcm ni

Nana Liena said...

tak pernah bc bku keluaran FIXI lgi..n dah lama tak bli novel. T___T

Syukri Mohtar said...

dah try bace zombijaya.cool.
mcm nice je gergasi ni..

StrawBerry Cynta Syasya said...

tak pernah beli lgi lah :)

Akhelaken said...

gergasi kok mcm iron man? hehe

Related Posts with Thumbnails