Pages

Wednesday, February 13, 2013

Review : Ngeri tulisan Gina Yap Lai Yoong terbitan FIXI





Assalamualaikum ~~

Kali ni review Ngeri tulisan Gina .

Ngeri merupakan antara novel FIXI yang berunsur thriller , pembunuhan dan penyiasatan
Antara novel FIXI selain Ngeri yang berunsur/genre seperti ini : Hilang dan Jerat , kedua duanya tulisan Dayang . Ngeri mengisahkan rakan se Universiti  Sam, Jo dan Rehan yang cuba menyiapkan projek mereka apabila diarahkan untuk menyediakan skrip untuk sebuah filem/dokumentari dan sewaktu dengannya.

Menjadikan novel ini menarik adalah IDEA penulisnya. 

Pertama cara komunikasi antara watak lebih kepada Emel/SMS pada permulaan cerita. 
Kedua teknik pembunuhan yang bagi aku "logik ke?" tapi serta merta di jawab penulis didalam tulisannya 
Ketiga idea untuk menjadikan Ngeri lain dari yang lain. Apa yang lain? Yang itu korang kene baca sendiri.
Walaupun sebenarnya sudah tertulis di sinopsis belakang buku ini. Jadi sila ke Kedai-Baca Sinopsis-Beli!

Watak watak polis didalam novel ni seperti  "terlalu sampingan". Bila baca seperti tiada apa yang boleh develop watak mereka. Lebih lebih Detektif Hema. Mungkin penulis ada idea/sebab sendiri kenapa.

Walaupun antara novel FIXI yang ternipis (231 mukasurat) , tetapi kualiti ceritanya agak "kemas".Watak sampingan bertukar menjdi watak utama secara serta merta. Klimaks cerita boleh dikatakan ada pada setiap kes pembunuhan
Tetapi seperti biasa, aku kalau baca buku jenis siasat siasat ni..mesti nak teka awal awal siapakah pembunuhnya. Tekaan aku Tepat!..hehe..Ngeri boleh dijadkan filem pendek oleh mana mana pengarah, 
cuma part imaginasi penulis mengenai teknik pembunuhan tu , mungkin pengarah filem perlu lebih fikir panjang.

Bahasa yang digunakan juga sangat mudah difahami. Apa yang nak disampaikan Gina sangat direct. Dialek bahasa zaman kini. Bila lagi nak ada SAW dan Scream versi Malaysia? Setakat Scary Movie dah banyak prof razak mohaideen dan david teoh  "cuba" buat. Bila baca review di Goodreads ada yang komen "Agak kecewa kerana Ngeri tidak cukup berdarah, tidak cukup ganas, tidak cukup kejam"
Ya, aku juga boleh bersetuju, tapi ini satu permulaan yang baik untuk Gina menjadi lebih Ngeri.

Khabarnya ada sambungan? Ya, FIXI dah keluarkan MANGSA, sebuah kisah sambungan Ngeri. Mangsa dah pon habis dibaca, mungkin lepas ni baru sempat nak Review. Masih ada Hilang dan Jerat untuk ditulis.

Boleh beli Ngeri di : Kedai FIXI


Assalamualaikum :) 

Boleh follow abang di : Twittar LuqmanMaat
Join Group FB FIXI : Kelab Peminat Novel FIXI

Review Buku Fixi yang lain :

1. MURTAD
2. INVASI
3. KASINO

Review Buku lain :




11 comments:

pinyu pjah said...

Ngeri dan mangsa dah bc ...cerita dah best tp mcm rase xpuas sbb thrill mcm..mcm..mcm..caner nk ckp ek..
Mcm plot xsampai kemuncak..

P/s: pepepun dah byak koleksi fixi aku simpan..kikiki

Koding said...

Kadangkala terfikir juga ... tentu bahaya jika ada seseorang yang terlalu obses dgn novel triller ...
Lalu belajar daripadanya tentang kaedah membunuh ...

Mrs Velentine said...

cover jer sudah cukup ngeri

Nana Liena said...

covernya tu agak menggerunkan sikit..huhu..biasa novel fixi ni nipis2 ea.. santai skit nak bawa

deqjamucuxx said...

tudia cover buku dia.. mmg ngeri laa..

Normi Nieza said...

peminat buku fixi rupanya..:)

aima said...

apa tu buku fixi?...syabas buat gina

✿ pink velvet ✿ said...

rasenyer x cukup berani nak bace, hikhik~~

Akhelaken said...

hhmmm,, mcm kena baca dulu ni tgk betul Ngeri ke x? huhu

As Lin said...

memula da nak beli buku ni kat mph ritu tp tgk sinopsis trus letak balik,nape ntah..hahaha

Jeff Rivera said...

This is a good review and the book looks good. I look forward to more posts, thank you.

Related Posts with Thumbnails