Pages

Tuesday, December 24, 2013

Destinasi : Parit Buntar ( Bawal Goreng Power)


Assalamualaikum ~~

Kali ni , ke Parit Buntar.. Parit Buntar ni dah jadi kampung halaman sejak kakak aku dah bermastautin disini, dan mak ayah aku jugak dah selesa tinggal kat sini. So lepas kahwin, bawaklah isteri jalan jalan area Parit Buntar. Tempat jalan jalan nya mestilah mencari tempat makan yang sedap sedap. Ok. ayat agak skema seperti blog budak sekolah menengah.

Kami ke Bawal Goreng Power , Sup Gear Box. itu lah kot nama kedai dia ni. Berdekatan dengan Hospital Parit Buntar. GPS Koordinate : 5.171644,100.473876 .. dibuka 7pagi sehingga 11 malam

Keadaan dan kebersihan kedai ini agak baik. Sesuai untuk bawa family pergi makan makan, ada seat untuk family >6 dan juga <4 ... pilihan menu juga nampak menarik. Ikan bawal nya lebih sedap dan rangup daripada francais Ikan Bawal Power yang ada di serata KL dan Selangor. Set makanan yang ada ialah

Set Ikan Bawal : Rm5-8 ikut size ikan
Set Keli : Rm 4
Set Burung Puyuh : Rm 6
Set Ayam: Set 4
Set Ayam Kampung : Rm 9

Jadi kami memilih signature dish mereka Set Ikan Bawal dan juga Set Ayam Kampung. Makanan dihidangkan panas panas dan turut disertakan ulam ulaman yang segar. Ahh lagi syiok masa kami lepak makan, keadaan masa tu baru lepas hujan...lagi dapat layankan keenakan ikan bawal dan ayam kampung yang digoreng rangup. 







Next time kalau datang ke sini, maybe nak cuba sup dia plak....


Assalamualaikum ~~

2 comments:

kakyon said...

akk dah pernah makan di sini.ikan bawal dia memamg power..

! Arjunakirana ! said...

mak aiii... terliur laaaaa

Related Posts with Thumbnails