Pages

Monday, January 20, 2014

Home Network - Bahagian 1 Maxis Broadband + TPLINK MR3420v2



Assalamualaikum ~~

Edited 22Jan13 - boleh baca update -> Bahagian 2

Okeh, kali ni nak cerita sikit dengan aktiviti hujung minggu lepas, aku cuba nak buat "home network" sendiri dengan menggunakan Maxis Broadband
Maxis broadband ni aku akan "wifi" kan dia supaya keseluruhan rumah aku ade akses ke wifi ni.

Antara device yang aku gunakan :

1) Huawei E372 modem (7.2mbps)
2) Tp-Link MR3420
3) WD Book Live

Device yang aku nak highlightkan kat sini : TP-Link MR3420. ini antara 3G/4G Wireless Router yang ter-murah yang ada dipasaran. Harganya lebih kurang dalam RM80+- . Pastikan sebelum membeli 3G/4G wireless router ni, modem broadband anda ada dalam list yang disokong. Since modem broadband aku agak universal, jadi tiada masalah untuk kegunaan "plug and play".

Antara features router ini ialah :

1) 1 WAN Port
2) 4 LAN Port
3) 1 USB Port
4) WPS/Reset Button
5) 2 Antenna
6) Power Button





Contoh pemasangan Modem Huawei keatas modem TPLINK ni seperti gambar dibawah :



Pastikan modem broadband dicucuk ke USB port terlebih dahulu sebelum Router di hidupkan.
Berdasarkan gambar tu, korang dapat lihat ade 2 cable LAN RJ45 di sambung di belakang router. Yang warna biru tu khas untuk sambungan LAN ke Laptop aku, jadi senang aku nk manage router tanpa anasir anasir yang menggangu capaian wifi. Yang warna kuning tu untuk WD Book Live aku. Since aku guna Maxis , so router ni terus detect segala config untuk Maxis

Selepas semuanya selesai , login ke 192.168.0.1 dan akses ke router management page. Kemudian anda boleh setup SSID dan pasword wifi .






Speed yang mampu dicapai oleh modem dan wireless router aku. Agak memberangsangkan bagi modem yang berkelajuan 7.2mbps.. insyallah dalam 1-2 bulan lagi boleh upgrade ke LTE modem.

Pemasangan ini sangat mudah , tak perlu kemahiran network yang tinggi.

Dalam bahagian berikutnya, akan diceritakan , macam mana aku setup WD Book Live, yang ni paling menarik untuk diceritakan.

Assalamualaikum ~~

1 comment:

mwrdy said...

Ajar terus la yg wireless hard disk tu
Kedekut tol lulz

Related Posts with Thumbnails